Sunday 17 May 2015

PENCINTA KUCING : Kenali Bahasa Tubuh Kucing

Assalammualaimum. Nurul nak share info pasal kucing kesayangan anda dari Dr.Zuraidah Ghadzali, Ijazah Dr. Perubatan Veterinar, UPM.

Sebagai pencinta kucing, korang dah hafal/terror pasal gerak-geri si comel. Xpasti?? OK..

Selain itu korang kena berhati-hati sewaktu bermain dengan kucing yg kadangkala mampu bertindak di luar jangkaan. Selalunya kena cakar atau kena gigit. Mesti sorang pernah alami kan.

1. TENANG & SANTAI
MATA - Sedikit tertutup seakan-akan mengantuk & berkedip. Anak Mata Sedikit terus.
TELINGA - Tegak ke atas & sedikit menjurus ke hadapan.
EKOR - Melingkar ke bawah; tenang & tidak banyak pergerakan melibas.
BADAN - Tidak banyak bergerak & diam apabila dipegang.
TIP - Ini merupakan masa yg sang at sesuai untuk kita bermanja dgn si comel. Pada waktu ini, emosi si comel sgt stabil & bersedia utk tidur serta dibelai. Jangan sesekali melakukan provokasi dgn gurauan kasar terutamanya do bahagian sensitif seperti perut. Emosi si comel mampu berubah sekelip Mata.

2. SEDIA BERMAIN
MATA - Terbeliak & anak mata membesar.
TELINGA - Tegak & cenderung menghala ke arah objek yg menarik perhatian mereka.
EKOR - Naik sedikit melintang & hujung ekor membengkok ke atas. Mengibas-gibas ke kiri & ke kanan.
BADAN - Kedudukan badan yg mula berdiri atau duduk, menunjukkan minat & cuba bergerak ke arah objek yg menarik perhatian mereka.
TIP - Ekor yg mengibas perlahan menunjukkan bahawa si comel sang at berminat untuk bermain & bergurau. Tidak sabar untuk beraksi & menunjukkan kehebatan bergurau. Bagaimanapun, sekiranya pergerakan ekor semakin laju, si comel mungkin sedang teruja atau hilang kesabaran.

3. POSISI BERBURU
MATA - Terbeliak & anak mata membesar.
TELINGA - Menjurus ke arah sasaran yg hendak dituju.
EKOR - Tegak ke belakang & Sedikit condong ke bawah.
BADAN - Posisi badan rapat ke permukaan lantai/tanah. Pergerakan sangat perlahan. Kaki hadapan & belakang digerakkan apabila si comel cuba mendekati objek yg hendak diburu. Adakalanya mengambil masa yg agak panjang bagi merwka menentukan waktu sesuai melakukam terkaman.
TIP - Biasanya, posisi seperti ini dapat dilihat sewaktu kita sedang bermain dengan si comel. Bagi kuching indoor atau peliharaan dalam rumah, waktu bermain adalah saat yang sesuai until mengasah skill berburu yg diwarisi. Harus diingatkan, kuching merupakan karnivor & sifat berburu masih tebal. Sewaktu bermain, si comel mungkin membuat serangan yg tidak dijangka kpd pemilik. Ia mungkin disebabkan oleh kegagalan menangkap objek & hilang kesabaran.

4. POSISI PERTAHANAN
MATA - Terbuka luas & anak mata membulat besar, biasanya akan cuba tidak bertentang mata dgn pihak lawan.
TELINGA - Terkatup rapat & melekap hampir rapat dgn kepala.
EKOR - Ke bawah & tersorok rapat dengan badan.
BADAN - Dalam keadaan terancam, si comel akan membongkokkan badan mereka. Meremangkan atau bulu-bulu badan mula kembang. Posisi seperti ini dibuat  agar pihak lawan atau musih akan berasa gerun & cuba mengalah. Kuku akan dikeluarkan & menyeringai menunjukkan tearing juga sebagai amaran supaya jangan didekati. Amaran dalam bentuk vokal juga akan diberikan. Suara yg nyaring & bunyi mendesis akan dihasilkan bagi menakut-nakutkan pihak lawan.
TIP - Sekiranya kuching sedang dalam keadaan sedia bergaduh dengan kucing lain, jangan leraikan menggunakan tangan kosong, gunakn semburan air. Sekiranya pergaduhan berlaku, kecederaan yg dialami adalah pada tahap maksimum. Leraian awal mampu membantu menyelamatkan kedua-dua pihak.

5. AGRESIF/GARANG/POSISI MENYERANG
MATA - Sedikit meruncing & anak mata akan berbentuk tirus. Merenung tepat ke arah sasaran.
TELINGA - Menegak ke arah sasaran & adakalanya berubah 45 darjah ke belakang. Sedikit rapat dengan kepala.
EKOR - Melurut ke bawah & bahagian belakang ekor akan bergerak sedikit ke kiri & kanan sebelum serangan.
BADAN - Sedikit membongkok & kadang-kadang menyenget ke tepi. Berusaha mendekati lawan dengan berhati-hati & melakukan terkaman yg mendadak apabila pihak lawan sedikit leka.
TIP - Renungan tajam yg menggerunkan & suara nyaring mengakibatkan pihak lawan melarikan diri. Bergantung pada tahap dominan seseekor kucing. Jamgam leraikan menggunakan tangan kosong, gunakan semburan air. Sekiranya, pergaduhan berlaku, kecederaan yg dialami adalah pada tahap maksimum. Leraian awal mampu membantu menyelamatkan kedua-dua pihak.

No comments:

Post a Comment