Monday 25 May 2015

BUKU TAKLIM : Dilindungi dari Fitnah Dajjal


Assalammualaikum. U ols penah tgk/tau x pasal buku agama yg 1 ni.. Nurul panggil buku taklim.. Ade yg pgl buku fadhilat amal, buku hadith.. Malam ni nurul nk share ckit dari ape yg nurul pernah disampaikan jgk..

Sesiapa yg menghidupkan bacaan taklim di rumah secara istiqomah & mengikuti adab-adabnya secara bersendirian mahupun berjemaah;  InsyaAllah dengan izin Allah s.a.w ia akan dilindungi daripada fitnah Dajjal.

Tujuan : *Mendapatkan NUR daripada Al-Quran & Al-Hadith.
*Melembutkan hati.
*Mendapatkan iman & Yakin.
*Menilaikan ilmu kita yg sedikit berbanding dengan ilmu Allah yg luas.
*Menghidupkan Sunnah Rasulullah s.a.w.
*Menghidupkan salah satu amalan Masjid Nabawi.

Adab-adab : (Zahir)
*Duduk seperti Tahiyat Akhir.
*Duduk Rapat-rapat.
*Baik jika ada Wuduk.
*Baik jika memakai Wangi-wangian.
*Lihat kepada Pembaca.
*Anggap Hadith yg didengar adalah yg pertama kali didengari walaupun sudah berkali-kali didengari.
*Baik jika Solat Sunat 2 rakaat. (Batin)
*Tawadhuk
*Ta'azim
*Tasdiq
*Tawajjuh
*Tabligh

Fadhilat : *Majlis Sakinah. (Ketenangan)
*Majlis Maghfirah. (Pengampunan)
*Majlis dibangga-banggakan oleh Allah & Malaikat.
*Nama-nama peserta majlis & kedua ibubapanya disebut-sebut oleh Allah di dalam Majlis Para Malaikat.
*Menghapuskan 100 majlis lalai.

Mase nurul beli buku ni tahun 2011 as hantaran kawin dulu. Setiap malam sebelum tido suami mesti bacakan beberapa mukasurat. Kalau u ols nk beli jugak bole beli kat kedai2 buku or kedai2 jual barangan agama Islam yg ade jual jubah,al-quran,sejadah,telekung,dan lain-lain.. Xsilap harga buku ni RM35.. Best Sgt tau buku ni.. U ols WAJIB dapatkan OK..

No comments:

Post a Comment